Thursday, June 18, 2020

Kisah Dakwah Sunan Kalijaga Versus Rora


Ketika para Wali Songo bersidang , Sunan Kalijaga mengusulkan pendapat agar adat istiadat orang jawa seperti majlis doa selamat, dan lain-lain yang berkaitan seni dan budaya jawa tidak ditentang dan diharamkan terus. Kerana dibimbangi orang-orang jawa akan lari menjauhi islam dan para Pendakwah , apatah lagi jika mereka didakwah dengan cara kekerasan. Sebaliknya adat-adat jawa yang sedia ada tersebut diusulkan agar diterapkan unsur-unsur Islam.

Pendapat Sunan Kalijaga itu ditolak oleh Sunan Ampel , Dan berkatalah Sunan Ampel ,

"Apakah adat istiadat lama itu tidak dikhuatiri akan dianggap sebagai ajaran Islam? padahal segala adat tersebut tiada dalam ajaran Islam. Apakah ini tidak akan menimbulkan Bid'ah ?"

Pertanyaan Sunan Ampel kemudian dijawab oleh Sunan Qudus ,

"Saya sebaliknya setuju dengan pendapat Sunan Kalijaga, Sebab asalnya ada sebahagian daripada ajaran Buddha yang mirip dengan ajaran Islam iaitu orang kaya hendaklah menolong fakir miskin. Namun berkenaan dengan kekhuatiran Sunan Ampel, saya yakin bahawa pada kemudian hari akan ada orang Islam yang menyempurnakan keadaan itu.

 Pendapat Sunan Kalijaga disokong oleh lima orang Wali sunan , sedangkan yang berpihak kepada Sunan ampel hanya ada dua org iaitu Sunan Giri Dan Sunan Derajat. Akhirnya cadangan Sunan Kalijaga diterima. Antara adat istiadat jawa yang diterapkan nilai Islam itu  ialah Majlis Doa Selamat , tahlil arwah dan  lain-lainnya yang secara dasarnya tidak bertentangan dgn aqidah Islam.

.
Pada pertemuan berikutnya, Para wali songo berkumpul selepas 40 hari Sunan Ampel meninggal dunia. Sunan Kalijaga tiba-tiba membakar kemenyan. Para Wali yang lain menganggap tindakan Sunan Kalijaga ini terlalu berlebihan kerana membakar kemenyan adalah kebiasaan orang-orang jawa yang belum Islam.

Maka Sunan Qudus berkata, "Wahai sunan, Membakar kemenyan ini biasanya dilakukan oleh orang Jawa untuk memanggil Roh orang mati. Hal ini tidak ada didalam Islam."

Sunan Kalijaga berkata, "Kita mengajak orang Jawa menerima Islam, maka kita perlu menggunakan pendekatan yang bijaksana. Kita bakar kemenyan bukan untuk panggil Roh orang mati. Tapi sekadar mengharumkan ruangan kerana kebanyakan orang Jawa hanya mengenali kemenyan sebagai pewangi, bukan wangian-wangian lain. Bukankah wangi-wangian itu sunnah Rasulullah S.A.W ? Adakah terdapat mana-mana hadis yang disebutkan larangan membakar kemenyan?"

Wali songo yang lainnya hanya diam dan mendengar sahaja , Sementara itu, Sunan Kudus yang pada awalnya berpihak kepada Sunan Kalijaga semakin risau kerana melihat Sunan Kalijaga tidak lagi berpakaian jubah dan serban sebaliknya berpakaian seperti adat jawa.

"Sunan Kalijaga memang suka melakukan perkara pelik" ujar Sunan Kudus.Tetapi janganlah Sunan Kalijaga merendahkan martabat sebagai seorang wali dengan berpakaian seperti itu"

Sunan kalijaga memang sering berpakaian yang sama seperti rakyat biasa. Seluar panjang Hitam atau biru Serta ikatan kepala berupa belangkon (serban org jawa)

Sunan Kalijaga menjawab: " Disisi Allah kita tidak mempunyai apa-apa yang istimewa. Hanya ketaqwaan menjadi ukuran darjat seseorang, bukanlah pakaiannya. Ajaran Islam hanya menjelaskan kewajipan setiap umatnya dalam hal menutup aurat. Namun tidak pula disebutkan tentang keharusan berjubah atau berkain sarung. Justeru dengan berpakaian seperti inilah saya dapat mendekati dan bergaul rapat dengan rakyat jelata , Dan dengan mudah saya dapat mengajarkan Nilai Islam kepada mereka.

Para Wali Songo bersetuju dengan pendapat Sunan Kalijaga. Tambahan pula, Sunan Kalijaga mengusulkan pendapat agar kesenian budaya masyarakat jawa seperti lagu gamelan dan wayang kulit diterapkan unsur dakwah dapat diterima oleh Para Wali songo yang lain sebagai saluran dakwah islam.

Para Wali Songo juga menjadikan persidangan sebagai majlis untuk menetapkan sebarang keputusan yang berkaitan dengan adat istiadat tempatan dan agama itu sendiri misalnya dalam urusan menjaga kebersihan seperti perintah berkhatan.

Disebabkan method dakwah Sunan Kalijaga yang tidak membuang budaya jawa dan tidak memaksa mereka menerima budaya arab , Alhamdulillah pulau jawa hari ini adalah menjadi tempat penyebaran islam , menjadi tempat pengajian pondok-pondok , menjadi tempat para pelajar islam mengaji , menjadi tempat tumpuan para mubaligh , dan akhirnya pulau jawa melahirkan ramai ulama alim dan para tahfiz dan hafizah berkat pendekatan dakwah sunan kalijaga sehingga membawa kejayaan yang besar dalam menyebarkan Syiar Islam.

Para daie dan ilmuwan islam di Malaysia hari ini patut belajar dan mengkaji cari dakwah dan pendekatan sunan kalijaga yang telah terbukti keberkesanannya , Dan bukannya asyik menuduh amalan dan budaya melayu semenjak sekian lama sebagai bida'ah dan menuduh orang islam kafir dan sebagainya. Apa guna belajar bertahun-tahun di Semenanjung tanah arab , mengambil PhD hadis , Kemudian balik ke Malaysia sibuk bida'ah kan amalan melayu yang sudah dibawa oleh para ulama alim dan tok guru pondok seperti tahlil arwah , bacaan yasin malam jumaat , menziarahi kubur , membaca wirid selepas solat , pengajian sifat 20 Allah , tasawuf , menghukum semua tarekat sesat , menuduh zikir Allah tiada berfaedah dan menegah berselawat beramai-ramai di dalam maulid nabi.

Apa gunanya Pendakwah seperti ini ? Yang sibuk menuduh orang sana sini sebagai sesat dan kafir ! Menuduh pelbagai amalan sebagai bida'ah . Ianya hanya membawa perpecahan ummat islam di tanah melayu yang semenjak sekian lama berpegang kepada mazhab syafie ! Apa sebenarnya Pendakwah seperti ini mahukan ? Mahu semua orang melayu yang telah islam meninggalkan ajaran lama yang telah dibawa oleh para Alim ulama yang sememangnya jauh lebih alim dan Tawadhu sehingga menjadi rujukan ulama di mekah dan madinah .

Jika dibandingkan dengan jasa dan keilmuan mereka , Para Pendakwah yang membawa fahaman wahabi ini seperti langit dan bumi ! Jangan Ingat para ulama dan tok guru yang tiada mempunyai Phd itu adalah jahil , Sedangkan mereka jauh lebih alim mengaji beratus kitab , Mengarang beratus kitab , menuntut ilmu sehingga lebih separuh umur mereka malah ada yang sehingga hujung usianya masih menuntut ilmu.

Baru ada PhD Hadis dah berlagak dan merasa diri lebih alim dari ulama melayu dan tok guru pondok ! Cehhhh baik tak payah balik Malaysia ! kalau nak bawak pendekatan dan dakwah seperti itu apa kata kau berdakwah di papua . di sana masih ramai yang belum islam , Ulama dan para Wali dulu sibuk mengajak orang masuk islam , Dia pula sibuk menuduh orang kafir dan sesatkan orang. Berambuslah ! Kami tak perlukan pakar hadis seperti ini , Ulama hadis dahulu alim Tauhid , tasawuf dan kitab fekah . Pakar hadis seperti ini yang kami perlukan bukan pakar hadis yang sibuk menuduh orang kafir dan bidaahkan orang ! Islam hanya akan tertegak dengan TAUHID , bukannya RORA

Add Comments


EmoticonEmoticon